Friday, October 22, 2010

tugas penting dlm taun 2...

hurmmmm, ketibaan ku d mesir xmngejutkn sesape sbb smua dh tau aq akn kembali ke mesir semula....
namun aq plk yg terkejut sbb taun nie adlah taun yg sgt berat bg ku....
sedar xsedar rupa ny aq kena pikul 3 tugas d imarah nie walau dr sudut pndgan ku ketiga2 tugas 2 sgt ringan....tp bila ku tengok dgn lebih trperinci rupa ny semua tgs i2 adlah berat...namun aq brsyukur kerana Allah SWT mmberikn aq peluang utk aq mngasah bakat ku dr tugas2 yg xseberapa ini...
~jika ku tgk dr segi dalaman rupa ny ini adlah kali ketiga aq memegang jawatan ketua yg agk besar...namun bg ku ini adlh kali ketiga aq perlu brusaha utk melaksanakn ny degn lebih cemerlang dr yg 2 dahulu....
namun tugasan ini semua akan ku cuba pikul sebaik mungkin dan itu xmnjadikn satu alasan kpd ku utk tidak menumpukn stdyku....tugasan ini akan lebih mncouragekn aq utk mncari masa dgn lebih dlm utk kehidupan ku pd taun ini...
aq cuma perlu bijak bertindak dan mncai masa yg sesuai utk setiap tugasan ku...dan selain itu aq juga perlu mnjaga tugasan ku ini dgn melaksana ny dgn lebih brtanggungjawab...
insyallah, Allah, family n kwn2 ad brsama ku utk aq mnjalankn tugas ku dgn sebaik mungkin...

p/s: agk terlewat utk post sbb xde masa sesuai...

Saturday, October 16, 2010

i need a gud diet..

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH 'O'

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek : Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek : Sepotong kuih

Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.