Sunday, January 23, 2011

kepulangan ke rahmatullah.

salam...
~setelah berabad n berkurun lama ny aq xmengepost apa2 di cnie...
hari nie aq kuatkn jgk semangat utk mmbuka blog ku ini..

dr saat ini, aq masih berbakikn 1 paper medic, histology je lagi...
tp aq rse mungkin aq perlu gk mencoretkn sesuatu pd hari ini...

tulisan ku pada hari ini hanya la mengenai pemergiaan bapa saudaraku, Wan Hassan B Mohamed (ayah ngah) pada 24/01/11 pukul 12.30 mlm (waktu malaysia)...
aq hanya mampu mmberi penghormatan kepada ny dari jauh bersama kezen ku...

~xbanyak yg dapat ku ceritakn mengenai ny kerana aq bukan la terlalu rapat dgn ny...namun byk kisah hidup ku diiringi oleh beliau....sepanjang proses pembelajaran aq semasa di bangku sekolah, boleh dikatakan aq selalu menumpang hidup di rumah ny jika kedua ibu bapa ku pergi out station....

~dia merupakan salah seorang bapa saudara yg sangat cool n baik dengan anak2 buah ny...dan aq sangat bersyukur dengan kepulangan ku ke Malaysia pada sesi lepas selama 3 bulan...kerana sepanjang kepulangan ku ke tanah air, aq dpt berjumpa kembali dgn saudara2 ku xkira peringkat umur termasuk ayah ngah...

sepanjang berada di malaysia jgk aq kerap kali ke rumah ny dan berborak2 dgn ny sehingga la hari2 terakhir cuti ku di tanah air...sebelum aq berangkat ke Kuala Lumpur kami telah berborak panjang n die juga telah memberi nasihat kepadaku seperti

"belajar rajin2, balik bia boleh jd Dr Amirah"
"jaga diri elok"

mungkin hanya beberapa patah perkataan tp ia sangat bermakna...dan sebelum pulang ke rumah, aq bersalam dgn beliau dan beliau telah menghulurkan sejumlah wang yg bg aq sgt byk jumlah itu...dan ia memeranjatkn aq...walau apa pun aq kena menerima rezeki yg diberikan dari beliau....dan malam itu adalah malam last aq berjumpa n berborak dgn die...xku sangka bahawa beliau akan pergi utk selama2 nya....

apa2 pun aq hanya mampu mengiringi doa n sedikit bacaan yg semampu aq boleh ke atas ny di sana....semoga segala dosa mu diampunkan Allah dan rakan2 serta ahli keluarga...dan amalan mu diterima Allah kerana kamu telah byk membantu org sekeliling...

~semoga kamu ditempatkan dikalangan para syuhada n para solihin...amin ~

AL-FATIHAH...

No comments:

Post a Comment