Monday, December 6, 2010

maal hijrah 1432 H

~bulan Muharram kembali lagi....

setelah setahun berlalu, muncul tahun baru di mana kita semua akan menanam azam baru utk diri masing2....sebelum kita menanam azam baru, kita juga perlu tengok balik kepada azam2 lama kita, adakah semua ny telah kita capai dengan jayanya atau hanya sekadar melepas batuk di tangga...
oleh itu, kita perlu la sentiasa mencatat dan membuat azam itu sebagai perkara yang penting untuk kita sentiasa semak selain kita menyemak balik iman dan pelajaran kita....

~Azam????hurmmm, bagi diriku mungkin azam baru belum di senaraikan lagi kerana masih belum terlintas dalam fikiranku...untuk menyenaraikan sesuatu azam itu bagiku adalah sangat berat kerana jika aku tidak mampu mencapai azam yang aku senaraikan itu, aku akan merasakan diriku ini sangat lemah dan seorang yang tidak bersungguh....oleh itu, untuk mengambil langkah terbaik bagi diriku dan juga orang sekeliling lebih baik aku tidak menetapkan sesuatu azam untuk tahun baru yang aku bakal lalui nanti...namun, tiada azam bukan ny bermaksud aku tidak ingin mengubah diri, kehidupan seharian, pembelajaran dan hubungan antara Allah dan orang ramai...bagiku adalah lebih elok jika sesuatu perkara yang ingin ku lakukan itu tidak dihebohkan agar ia tidak menjadi bualan orang ramai atau apa sahaja....

Oleh itu, sebelum kita meletakkan sesutu perkara untuk dijadikan azam kita pada tahun ini lebih elok kita melihatny dari segi positive dan negative bagi diri kita sendiri...jangan hanya kerana orang lain mempunyai azam, kita pun turut serta untuk mempunyai azam sedangkan kita sendiri tahu yang kita tidak mampu untuk mengapai azam kita sendiri...dan jangan la keran orang mempunyai 5-10 azam, kita jugan ingin berlumba2 mempunyai azam yang banyak hanya untuk menunjuk2 kepada orang ramai...


~Niatkan azam itu sebagai satu semangat dan satu cabaran bagi diri kita untuk mengubah kehidupan seharian yang kita lalui kelak dan biarlah azam itu juga dapat mengutip seberapa banyak pahala yang disediakan oleh Allah SWT kepada kita...




No comments:

Post a Comment